Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV)

7 Februari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV). MDV merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang berperanan untuk menyediakan pembiayaan kewangan kepada syarikat-syarikat di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), teknologi hijau, bioteknologi dan teknologi baharu.
YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan prestasi MDV. YB Timbalan Menteri dan Pengurusan MDV juga berbincang serta bertukar idea dan pandangan mengenai hala tuju dan aspirasi masa depan khususnya dalam menawarkan pembiayaan yang inovatif dan fleksibel kepada syarikat teknologi, terutamanya PKS dan syarikat baru.
Skip to content