Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Malaysian Bioeconomy Development Corporation

25 Januari 2024, Putrajaya – Malaysian Bioeconomy Development Corporation menerima lawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, dalam rangka lawatan kerja beliau ke jabatan dan agensi di bawah MOSTI.
Dalam kunjungan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation,YBrs En Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak dan kumpulan pengurusan telah membuat pembentangan dan taklimat peranan agensi tersebut sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara dengan mengarusperdanakan aplikasi inovasi dan bioteknologi tempatan, keusahawanan, di samping membuka peluang pekerjaan melalui syarikat-syarikat BioNexus dan BBA, selari dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0.
YB Timbalan Menteri juga diberi penerangan lanjut berkenaan program dan inisiatif Bioeconomy Corporation seperti BioAcademy, BNP Labs, akses pasaran dan lain-lain yang sentiasa menyokong usaha MOSTI dalam mengukuhkan Sains, Teknologi, Inovasi, dan Ekonomi negara di samping menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 seperti yang digariskan di bawah Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara 2021- 2030.
Melalui prinsip “Bioeconomy for all”, Bioeconomy Corporation Akan terus komited dalam usaha ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi’.
Skip to content