Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Cradle Fund

30 Januari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal , Timbalan Menteri Sains, Teknolgi dan Inovasi meneruskan lawatan kerja ke Cradle Fund yang merupakan salah sebuah agensi pembiaya di bawah seliaan MOSTI.

Dalam sesi lawatan tersebut, satu sesi taklimat yang diketuai YBrs. Encik Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CRADLE telah dijalankan bagi memberikan penerangan yang lebih terperinci berkenaan fungsi dan peranan Cradle.
MOSTI melalui Cradle Fund akan terus komited membina ekosistem start-up yang kondusif serta sebagai focal point yang menguruskan ekosistem pembangunan start-up daripada fasa permulaan sehingga pertumbuhan untuk meningkatkan daya saing start-up tempatan di peringkat antarabangsa selaras dengan Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER) 2021-2030.
Skip to content