22 Disember 2022, Kuala Lumpur – Lawatan kerja YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI). Ketibaan delegasi MOSTI di sambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Puan Dzuleira Abu Bakar.
MRANTI merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang berperanan untuk mempercepat penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi. MRANTI juga bertindak sebagai pemacu inovasi dan menerajui pemerkasaan inovator tempatan, selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar teknologi menjelang 2030.