Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Malaysian Technology Development Corporation

24 Januari 2024, Selangor – Malaysian Technology Development Corporation di Pusat Teknologi UPM-MTDC, Serdang, Selangor yang merupakan agensi di bawah MOSTI telah menerima kunjungan daripada YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dalam lawatan kerja tersebut, Ts. Haji Mohammad Hazani Hj Hassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif, serta barisan pengurusan MTDC telah memberi taklimat tentang fungsi MTDC dalam menyokong usaha kerajaan mengembangkan lagi syarikat berasaskan teknologi tempatan.
YB Timbalan Menteri juga telah diberikan penerangan mengenai tawaran servis MTDC seperti khidmat pendanaan, Centre of 9 Pillars® (Co9P®), Pusat Latihan Usahawan Tekno (TENTRA), Pusat Teknologi dan Khidmat Nasihat. Beliau turut berpeluang melawat Co9P® Experience Hub untuk mendapat info lanjut mengenai perkhidmatan i4.0 yang disediakan oleh syarikat-syarikat ekosistem MTDC, T-Robot dan 3DGens.
Skip to content