Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI Ke Yayasan Inovasi Malaysia

24 Januari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meneruskan sesi lawatan kerja ke sebuah lagi agensi di bawah MOSTI iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

YIM merupakan sebuah agensi pembangunan inovasi sosial dan inovasi akar umbi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 20 Oktober 2008.
YIM bertindak sebagai sebuah platform mencari, membangun dan memadankan Dana Pembangunan Inovasi kepada hampir hampir 7, 400 inovator dari seluruh negara sebagai usaha untuk menggalakkan dan membudayakan inovasi akar umbi bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya golongan B40.
YB Dato’ Mohammad Yusof telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila Mohamed Salleh. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Shafei dan Setiausaha Bahagian PSTI MOSTI, Encik Abdullah Daud.
Turut hadir ialah empat (4) Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIM yang terdiri daripada YBhg. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris; YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; YBrs. Prof. Dr. Norzaidi Haji Mohd Daud; dan YBrs. Dr. Syukriyah Ishak.
Skip to content