Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke MRANTI

15 Januari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Taman MRANTI, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam lawatan kerja tersebut, YBhg. Prof. Dr. Rofina Yasmin binti Othman, Pengerusi MRANTI dan YBhg. Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, Ketua Pengarah Eksekutif MRANTI telah memberikan taklimat berhubung mandat, peranan dan hala tuju MRANTI selaku Technology Commercialisation Accelerator (TCA).
YB Timbalan Menteri dibawa melawat keseluruhan fasa 1, 2 dan 3 Taman MRANTI, Makers Lab, 5G Experience Center dan juga Robotic Area. Beliau juga turut melihat dua (2) demonstrasi teknologi di bawah MRANTI iaitu remote control agriculture tractor dan Doc2Qiosk.
Skip to content