Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke MIMOS Berhad

16 Januari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan lawatan kerja MIMOS Berhad, di Taman MRANTI, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam lawatan kerja tersebut, YBrs. Dr Saat Shukri Embong selaku Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta barisan pengurusan MIMOS telah memberi taklimat tentang fungsi MIMOS dalam menyokong usaha mengangkat Malaysia MADANI sebagai negara inovatif dan berteknologi tinggi. Turut hadir adalah ahli lembaga pengarah MIMOS, Puan Aida Mosira Mokhtar.
Dalam sesi lawatan ini juga pihak MIMOS telah membantu YB Timbalan Menteri mendaftar di MyDigital-ID.
YB Timbalan Menteri telah melawat Semiconductor Technology Centre (STC)/makmal-makmal termasuk Advanced Materials Lab, Reliability Lab, Semiconductor and Wafer Fabrication, dan Failure Analysis Lab.
Dalam lawatan ini YB Timbalan Menteri juga dapat melihat sendiri fasiliti bertaraf dunia yang ada di makmal-makmal MIMOS.
Skip to content