Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI Ke Pusat Sains Negara, Kedah

5 Mac 2023, Kedah – Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara bagi memantau proses pembinaan dan pembangunan galeri pameran Sains Kanak-Kanak Interaktif Terbesar di Wilayah Utara iaitu Bahtera Langkasuka.

 

Hadir sama Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan STI MOSTI, Encik Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin, Pengarah Pusat Sains Negara, Puan Mismah Jimbun dan Encik Hafizul Hanif Abu Bakar, Ketua Cawangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.
Galeri yang dijangka akan siap pada Oktober 2023 ini akan dibangunkan dengan keluasan 500 meter persegi. Ia boleh memuatkan sehingga 100 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Bertemakan maritim bagi membawa pengunjung menjelajah sains dalam laut, galeri ini dipersembahkan dengan persekitaran yang kondusif, rekabentuk yang menarik, interaktif dan hands on bagi merangsang keseronokan belajar, menimbulkan minat dan perkembangan minda kanak-kanak.
Galeri pameran ini akan mengetengahkan bahan pameran interaktif bermula dari konsep perkembangan kognitif kanak-kanak sehingga bahan pameran yang berkonsepkan Literasi Digital sesuai dengan perkembangan trend terkini.
Galeri Bahtera Langkasuka ini terbahagi kepada dua (2) zon iaitu Laksamana Pintar untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dan Nakhoda Cilik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.
Galeri ini juga akan menempatkan sebanyak sebelas (11) bahan pameran interaktif yang sesuai dengan perkembangan trend terkini untuk kanak-kanak.
Dengan pembukaan galeri baru tersebut, PSNCWU dijangka bakal menarik pengunjung seramai 20 000 orang sekitar wilayah utara. Sebagai rekod, PSNCWU telah menerima sehingga 194 263 pengunjung pada tahun 2022.
DSC 6336   DSC 6279
DSC 6313   DSC 6430
Skip to content