Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Pusat Sains Negara (PSN)

15 Februari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur hari ini.
Sesi lawatan ini telah disantuni oleh YBrs. Encik Muhamad Fuad Rahman, Pengarah PSN, Puan Marziana Abdul Halim, Timbalan Pengarah Kanan (Operasi) PSN, Encik Muhammad Ramzan bin Tasnim, Timbalan Pengarah (Pengurusan) PSN, Ketua-ketua Unit dan warga PSN.
PSN merupakan sebuah institusi yang menerapkan pembelajaran dan pengajaran sains tidak formal. Kaedah pembelajaran sains luar bilik darjah melalui bahan pameran yang hands-on, minds-on dan hearts-on dan program pendidikan interaktif dapat meningkatkan tahap pemahaman dan kemahiran visual pelajar mengenai konsep-konsep/ fenomena sains yang dipelajari dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung ia dapat memberi pengalaman pembelajaran sains yang lebih menyeronokkan yang mampu mencetus rasa ingin tahu, daya kreativiti, motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meminati bidang STI.
Pusat Sains Negara telah ditubuhkan dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 1996 dengan matlamat melahirkan generasi penyumbang dalam bidang sains dan teknologi, sekaligus membina masyarakat yang berbudaya sains.
Dalam lawatan kerja tersebut YB Timbalan Menteri dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan, galeri pameran, aktiviti serta program, kemudahan, yang ditawarkan oleh PSN. YB Timbalan Menteri juga dibawa melawat ke semua galeri pameran PSN merangkumi Wonderspark, Science Valley, Distrik Teknologi, Obskura XR dan makmal-makmal bagi pembelajaran dan pengajaran sains tidak formal.
Skip to content