Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Ruang Daya Cipta (RDC) Sabak Bernam, Selangor

15 Februari 2024, Selangor – Lawatan Turun Padang YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI ke Ruang Daya Cipta (RDC) Sabak Bernam, Selangor telah diadakan bermula jam 3.30 petang di RDC@Bangunan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Selangor.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Pn. Ruziah Shafei dan Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Inovasi Malaysia, YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh
YBhg. Dato’ KSU MOSTI berpeluang melihat hasil pembangunan RDC Sabak Bernam termasuk alatan dan kelengkapan yang terdapat di RDC tersebut.
Turut diadakan penerangan berkenaan dengan inovasi Nova X daripada inovator yang merupakan Pegawai MDSB, Pn. Zafiyanti Borhanuddin dan inovasi Miss Dodol daripada Inovator kepada YBhg. Dato’ KSU MOSTI. Untuk makluman, inovator Nova X sedang membuat pengujian dan penambahbaikan prototaip dengan menggunakan alatan dan teknologi yang terdapat di RDC bermula dari 13 Januari 2024 hingga 13 Mac 2024.
Nova X berfungsi untuk membantu dalam pengurusan menangkap anjing liar dengan menggunakan teknologi dron dan sistem Internet of Things (IoT) yang menghasilkan bunyi di dron dimana menganggu anjing-anjing liar tersebut.
Skip to content