Skip to main content
Berita

Lawatan Rasmi KSU MOSTI ke Kebun Sorghum, Tampin Negeri Sembilan

10 November 2022, Negeri Sembilan – Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim pada hari ini telah melawat Kebun Sorghum, Tampin Negeri Sembilan yang diusahakan oleh Persatuan Peruncit Dan Pembekal Bumiputera Malaysia (MyBusra) dan Pertubuhan Sejahtera 3P (Pertanian, Penternakan dan Perikanan).

Di dalam lawatan ini, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin telah diberikan taklimat dan dibawa meninjau tapak penanaman dan pemprosesan sorghum. Sorghum merupakan tumbuhan jenis bijirin yang diproses untuk menjadi tepung dan kanji yang digunakan di dalam industri makanan. Ia juga bebas gluten, menjadikannya sebagai alternatif kepada pesakit yang mempunyai kesukaran untuk mencerna makanan dan alergi terhadap produk bergluten. Sorghum turut boleh diproses untuk digunakan sebagai silaj iaitu makanan ternakan utama ruminan.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI, YBhg. Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta pegawai-pegawai kanan Agensi MOSTI seperti Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Pengarah National Nanotechnology Centre Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia – YIM – Malaysia Innovation Foundation, Akademi Sains Malaysia (ASM), Bioeconomy Corporation dan National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM).

Lawatan ini juga disertai oleh Kementerian dan agensi lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Lawatan turun padang ini merupakan salah satu inisiatif utama Pusat Kolaborasi Teknologi MOSTI yang giat dilaksanakan secara berterusan bagi mencari penyelesaian berlandaskan teknologi dalam usaha membantu mencari solusi alternatif untuk isu-isu semasa negara terutamanya isu sekuriti makanan serta meneliti potensi kerjasama penyelidikan dan pembangunan tanaman bijirin sorghum di kalangan pihak-pihak berkepentingan.

 

313418307 501620195326974 6611972491511317746 n              313433928 501620261993634 5757149484212886506 n

314410587 501620298660297 7754125796390852097 n              314745083 501620115326982 1603752881909705976 n

Skip to content