Skip to main content
Berita

Magic Zlate 11 Akan Berada Dalam Pasaran

By 2014-03-06Disember 14th, 2020No Comments

UKK_8001

 

Selangor, 6 Mac 2014 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memperuntukkan sejumlah RM 181.63 juta dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe 10) bagi projek-projek yang dibiayai di bawah dana TechnoFund.

Selaras dengan pengisytiharan Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 / MOSTI Commercialisation Year 2014 (MCY 2014), YB. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah melancarkan Magic Zlate 11, inisiatif MCY 2014 di COURTS Megastore, Bandar Sri Damansara.

Pelancaran ini merupakan antara sembilan (9) inisiatif MCY 2014 yang telah diumumkan oleh YB. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada awal tahun ini. Pelancaran ini juga adalah ke arah mencapai objektif 60 produk R&D untuk dikomersilkan pada tahun 2014.

Magic Zlate 11 merupakan produk yang dibangunkan oleh anak tempatan. Syarikat Advance Tech Communications Sdn Bhd iaitu syarikat yang membangunkan produk ini telah bekerjasama dengan COURTS Malaysia sebagai gedung yang akan memasarkan produk ini di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis ini ialah Encik Loi Cheng Peng, Ketua Pegawai Eksekutif, Advance Tech Communications Sdn Bhd. dan Encik Allard Sjollema, Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia.

Skip to content