Skip to main content
Berita

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Bersama YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

21 Januari 2025, Selangor – Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 bersama Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah diadakan di Hotel Tenera Bangi, Selangor.

YB Tuan Chang Lih Kang merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga MOSTI yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mengharungi tahun 2024, sambil menzahirkan keyakinan bahawa tahun ini akan menjadi peluang untuk memperkukuhkan pencapaian Kementerian.
Dalam majlis amanat tersebut,YB Menteri telah menggariskan lima (5) fokus utama melibatkan:
1️⃣ Teknologi Pemacu Ekonomi Madani akan memberi fokus kepada bagaimana untuk menarik pelaburan antarabangsa di samping meningkatkan kerjasama antara kerajaan – swasta serta melaksanakan intervensi pelaburan dalam R&D.
2️⃣ Bakat STEM akan diperkukuhkan dengan program yang berbentuk future innovators program, melaksanakan padanan tenaga kerja serta memberi pengiktirafan bakat teknologi.
3️⃣ Pembudayaan STI akan diteruskan dengan meningkatkan promosi dan kempen STEM Best! untuk menghasilkan lebih banyak inovasi demi rakyat dan meningkatkan strategi komunikasi yang lebih proaktif.
4️⃣ Reformasi Perkhidmatan akan diperkukuhkan di kalangan warga MOSTI terutamanya dalam melaksanakan keputusan yang berpandukan data (Data-Driven Decision), pengurusan dana R&D yang lebih efisien dan meningkatkan perkongsian data antara Kementerian dan Institusi.
5️⃣ ASEAN : Malaysia sebagai Hab Teknologi iaitu untuk menarik lebih banyak penyertaan dalam KL20, meningkatkan kerjasama strategik dan memperkasa syarikat pemula.
YB Menteri juga telah mengumumkan satu ‘moonshot’ program yang merentasi sektor, agensi dan bahagian di dalam MOSTI iaitu 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐩𝐚𝐜𝐞 𝐄𝐜𝐨𝐧𝐨𝐦𝐲. Ekonomi angkasa serantau ini bakal memacu perkembangan sektor lain seperti pertanian, komunikasi, pengangkutan dan Pendidikan serta membangunkan industri hiliran seperti undur nadir bumi (REE) yang bakal menghasilkan produk fundamental seperti supermagnet.
Bagi merealisasikan moonshot program ini, MOSTI perlu bersedia menggunakan sepenuhnya teknologi sedia ada dan membangunkan teknologi baharu. 𝐌𝐎𝐒𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐤𝐮𝐚𝐧𝐭𝐮𝐦 sebagai persediaan untuk meningkatkan ketepatan data dan kecekapan pengimejan. Pada masa yang sama, 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐭𝐞𝐥𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐮𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐏𝐒𝐏𝐉𝐍) 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 untuk mengurangkan kebergantungan negara pada sumber data dan teknologi satelit luar di samping memastikan kedaulatan dan keselamatan negara diperkukuhkan.
Hadir sama ialah YB Datuk Yusof Apdal,Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) yang mewakili Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); YBrs Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
Justeru, MOSTI selaku kementerian yang menerajui agenda sains, teknologi dan inovasi negara komited untuk menjayakan fokus penting yang telah digariskan demi membina masa depan yang lebih sejahtera.
“𝐈𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐰𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐠𝐨 𝐟𝐚𝐬𝐭, 𝐠𝐨 𝐚𝐥𝐨𝐧𝐞. 𝐈𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐰𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐠𝐨 𝐟𝐚𝐫, 𝐠𝐨 𝐭𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫” – 𝐘𝐁 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐧𝐠.
Skip to content