Skip to main content
Berita

Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025

20 Januari 2025, – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI telah menghadiri Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025.

Majlis yang bertemakan ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ : ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป menekankan pentingnya peranan penjawat awam yang lebih responsif dan progresif dalam merakyatkan perkhidmatan awam yang lebih berkesan.
Ini antara intipati amanat tahun baharu 2025 yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan perkhidmatan awam di atas segala komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2024. Bagi tahun 2025 pula, ianya perlu dilangkahi dengan usaha yang lebih untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan di samping mampu menghadapi setiap cabaran yang mendatang semasa menjalankan tugas.
Beliau juga telah menetapkan fokus utama tahun 2025 dengan meneruskan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam melalui 3 mekanisme:
– Memantapkan Pemboleh Daya Reformasi
– Memperkukuh Nilai dan Tatakelola
– Mempertingkatkan Sinergi Strategik Persekutuan Negeri dan Antarabangsa.
YBhg. Tan Sri KSN turut melancarkan 2 dokumen utama kerajaan iaitu Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025:
– Garis Panduan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam (BCM)
– Pekeliling Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam
Kementerian ini termasuk Jabatan dan Agensi di bawahnya akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam demi mencapai aspirasi kerajaan.
Skip to content