Skip to main content
Berita

Majlis Apresiasi MOSTI 2023

21 Mac 2023, Selangor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini meraikan kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pesara dan bakal pesara di Majlis Apresiasi MOSTI 2023 yang diadakan di Agensi Angkasa Malaysia, Banting, Selangor.
Majlis Apresiasi 2023 bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan 252 orang penerima APC 2022 di ibu pejabat MOSTI serta jabatan-jabatan di bawahnya yang terdiri daripada Agensi Angkasa Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Tenaga Atom.
Majlis Apresiasi MOSTI kali ini turut menghargai jasa dan khidmat bakti 55 orang warga MOSTI dan jabatan dibawahnya yang telah dan bakal memasuki alam persaraan. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berada dalam perkhidmatan awam.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menekankan mengenai tema yang diangkat MOSTI bagi tahun ini iaitu Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dengan memainkan peranan utama dalam membangunkan bidang STIE negara.
Hadir sama memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan serta Ketua-Ketua Pengarah Jabatan di bawah MOSTI.

 

337104339 203373715664869 1181683755996991354 n    337239728 158133353797559 8592891417125857354 n

337247708 168467242729325 2472663006898633014 n    337165759 5703923183067992 7201301920767995324 n

Skip to content