Skip to main content
Berita

Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) Pasca Banjir ke Johor

21 Mac 2023, Johor Bahru – Sukarelawan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menyertai Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) Pasca Banjir ke Johor diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains), YBrs. Puan Ruziah binti Shafei telah ditugaskan ke Kampung Baru Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
Pasukan misi bantuan MOSTI telah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat, Johor sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan di pusat penempatan banjir serta rumah-rumah yang terkesan di sekitar Kampung Baru.
Sumbangan wang tunai sebanyak RM 5,000 oleh MOSTI telah disalurkan kepada Ketua Kampung @ Kampung Baru, Encik Saniran bin Bolawi.
337270949 751288773242071 5934570218140548617 n   336916419 203190495668041 1098071111873188259 n336889806 174934258676521 7341153286222632312 n   336373625 892447685414740 6465190460379378608 n
Skip to content