8 Jun 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyempurnakan Majlis Apresiasi MOSTI Tahun 2026. Turut hadir, YB Dato’ Dr. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI.
Majlis ini diadakan khas untuk meraikan seramai 252 org penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan 37 orang pesara dan bakal pesara tahun 2026.
Selain itu, ini juga sebagai satu pengiktirafan kepada pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang serta komitmen tinggi sepanjang tahun 2025. Pada masa yang sama, majlis ini turut meraikan pesara dan bakal pesara tahun 2026 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menabur jasa sepanjang tempoh perkhidmatan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima APC Tahun 2025 dan selamat bersara kepada warga MOSTI yang telah dan bakal bersara pada tahun 2026.




