Skip to main content
Berita

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Underwater Remotely Operated Vehicle 2013 (UROVEC’13)

By 2013-06-04Disember 14th, 2020No Comments

g

 

PUTRAJAYA (4 JUN 2013): Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Underwater Remotely Operated Vehicle 2013 (UROVeC’13) telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 8.30 malam. Majlis anjuran Bahagian Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini adalah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, The Royal Institution of Naval Architects and Institute of Marine Engineering, Science and Technology (RINA IMarEST), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia,.

Pertandingan UROVeC’13 telah diadakan pada 3 Jun 2013 dan 4 Jun 2013 (di sebelah siangnya) yang merupakan salah satu acara utama dalam Sambutan World Ocean Week 2013 (WOW’13) yang berlangsung dari 3 hingga 11 Jun 2013 bersempena dengan World Ocean Day.

Sebanyak 16 buah Sekolah Teknik dan Vokasional di seluruh Malaysia. menyertai pertandingan yang dibahagikan kepada tiga (3) kategori. Kategori yang dipertandingkan dan senarai pemenang adalah sepertimana berikut:

  1. Kategori Pembentangan Poster dan Hasil Rekacipta
    Johan : Sekolah Menengah Teknik Jasin
  2. Kategori Aplikasi Konsep Pengapungan Di Air
    Johan : Sekolah Menengah Vokasional Ipoh
  3. Kategori Rintangan Di Dalam Air
    Johan : Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
  4. Kategori Kecekapan Menutup Injap Bocor
    Johan : Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
  5. Kategori ‘Keseluruhan’ Pertandingan UROVeC’13
    Johan : Kumpulan Last Minute dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur,
    Naib Johan : Kumpulan XStar Jazz dari Sekolah Menengah Teknik Jasin Ketiga : Kumpulan Tech Jazz dari Sekolah Menengah Teknik Jasin .

Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, YBrs. Tuan Haji Tajudin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik &Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Komander Franklin Joseph, Timbalan Pengerusi (RINA-IMarEST).

Skip to content