Skip to main content
Berita

Selamat Datang YBhg. Dato’ Dr. Rosli Bin Mohamed, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang Baru

By 2013-06-03Disember 14th, 2020No Comments

h

 

PUTRAJAYA (3 JUN 2013): Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang baru. YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed telah melaporkan diri tepat jam 7.45 pagi hari ini.

Ketibaan YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed disambut oleh Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), YBhg. Dato. Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan) dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed yang sebelum ini berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah  mendapat mandat memimpin MOSTI, dalam satu pertemuan Pelantikan/Pertukaran Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diadakan pada 31 Mei 2013 bersama Dato’ Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara bertempat di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Satu sesi taklimat khas juga telah diadakan pada pagi ini kepada YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, bagi memberi penerangan ringkas berkenaan hal ehwal MOSTI. Seterusnya, YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed telah meneruskan tugas dengan menyertai YB. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menghadiri Lawatan Kerja ke MIMOS Bhd yang merupakan salah satu agensi di bawah MOSTI.

Skip to content