Skip to main content
Berita

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Sento Biotech dan BioLoop

18 Julai 2023, Negeri Sembilan – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengumumkan perjanjian usahasama antara Sento Biotech Sdn Bhd (Sento Biotech) and BioLoop (BioLoop) Sdn Bhd. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk menangani isu dalam kelangsungan pengeluaran makanan melalui bioteknologi, dalam masa yang sama, memberi fokus kepada tanaman yang kurang dimanfaatkan untuk penternakan larva black soldier fly (BSF).
Sento Biotech adalah sebuah syarikat bioteknologi yang mengkhususkan kepada pengeluaran BSF menggunakan bahan makanan lestari. Syarikat ini menumpukan kepada menyediakan diet berkualiti tinggi untuk spesis akuakultur. Sementara itu, BioLoop adalah syarikat perintis teknologi dalam pengeluaran BSF. Melalui kerjasama ini, Sento Biotech dan BioLoop menyasarkan untuk mewujudkan rantaian bekalan lestari untuk BSF, yang merupakan sumber yang boleh diternak menggunakan bahan-bahan tanaman mampan, dalam masa yang sama, mengurangkan impak kepada alam sekitar seperti pelepasan dan penyerapan karbon.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata “Kerjasama antara Sento Biotech dan BioLoop ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memupuk kreativiti, inovasi dan kelestarian ekosistem startup. Kami mengiktiraf peranan penting startup dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara serta kebolehan mereka untuk mencipta idea baharu dan mendepani perubahan permintaan pasaran.
“Kerajaan komited untuk menangani cabaran global semasa termasuk isu keselamatan makanan melalui sains dan teknologi. Matlamat jangka masa panjang kami adalah untuk mengurangkan pergantungan yang semakin meningkat kepada makanan import demi kelestarian industri makanan di Malaysia,” katanya lagi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) Norman Matthieu Vanhaecke berkata Cradle akan terus memberi motivasi serta membantu mencetus inspirasi dalam membentuk lebih banyak peluang kerjasama yang bernilai dalam kalangan startup untuk merangsang pertumbuhan inovasi.
Skip to content