29 Jun 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf kementerian, jabatan, agensi serta penjawat awam yang telah berjaya melaksanakan inisiatif reformasi berimpak tinggi dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, mengurangkan kerenah birokrasi serta meringankan beban peraturan kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Majlis ini turut bertujuan menggalakkan budaya inovasi, memperkasa amalan tadbir urus yang baik serta mengiktiraf penggunaan teknologi, termasuk Kecerdasan Buatan (AI), dalam menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam.
Terdapat 4 projek RKB siap di bawah MOSTI dan 3 daripadanya telah menerima pengiktirafan bagi Kategori Projek Berpotensi Tinggi:
Selain itu, projek daripada NanoMalaysia Berhad turut menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dalam menyiapkan projek dalam tahun semasa.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada MOSTI untuk terus memperkukuh pelaksanaan agenda Reformasi Kerenah Birokrasi melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berinovasi dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.




