Skip to main content
Berita

Majlis Pengiktirafan Reformasi Karenah Birokrasi

29 Jun 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf kementerian, jabatan, agensi serta penjawat awam yang telah berjaya melaksanakan inisiatif reformasi berimpak tinggi dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, mengurangkan kerenah birokrasi serta meringankan beban peraturan kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Majlis ini turut bertujuan menggalakkan budaya inovasi, memperkasa amalan tadbir urus yang baik serta mengiktiraf penggunaan teknologi, termasuk Kecerdasan Buatan (AI), dalam menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam.
Terdapat 4 projek RKB siap di bawah MOSTI dan 3 daripadanya telah menerima pengiktirafan bagi Kategori Projek Berpotensi Tinggi:
✅𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐚 – Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Permohonan Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) MOSTI
✅𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐦𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 – Mempercepat Proses Penghantaran Salinan Laporan Kimia kepada Pihak Hospital (Patologi) daripada 30 Hari kepada 1 Hari
✅𝐂𝐫𝐚𝐝𝐥𝐞 𝐅𝐮𝐧𝐝 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝 – Meningkatkan Kecekapan Kelulusan Geran CIP Sprint bagi Syarikat Pemula
Selain itu, projek daripada NanoMalaysia Berhad turut menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dalam menyiapkan projek dalam tahun semasa.
✅𝐍𝐌𝐁 – Mempercepat Proses Kelulusan Product Development and Scale-Up Projects daripada 60 Hari kepada 30 Hari
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada MOSTI untuk terus memperkukuh pelaksanaan agenda Reformasi Kerenah Birokrasi melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berinovasi dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.
Skip to content