22 Ogos 2026, Bangi – YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), MOSTI telah menyempurnakan Majlis Penutup Kem ONM 2026. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang pingat emas, perak, gangsa serta tempat teratas bagi Pertandingan ONM Peringkat Kebangsaan 2026.
Penganjuran edisi kali ke-7 ini adalah bersempena Minggu Sains Negara 2026. Ini merupakan salah satu inisiatif MOSTI melalui NNC, dengan kerjasama strategik MASS dan UPM selaku tuan rumah. Berlangsung dari 16 hingga 22 Ogos 2026, kem berteraskan tema “Nano Meets Bio” ini mengetengahkan aplikasi nanoteknologi dalam bidang bioperubatan bagi menyuburkan nilai Daya Cipta Malaysia MADANI.
Lebih daripada sekadar pertandingan akademik, kem ini menjadi medium strategik dalam memilih pasukan rasmi negara ke 3rd International Nanotechnology Olympiad (INO) 2026 di Taipei, Taiwan pada Disember ini. Semoga pencapaian ini akan terus memacu bakat muda negara sebagai peneraju ekosistem nanoteknologi masa depan.




