22 Ogos 2026, Pahang – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus mempergiat inisiatif pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan murid sekolah menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Lentang, Bentong, Pahang.
Program berpaksikan pendedahan sains asas ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Lentang dengan kerjasama strategik Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya menghimpunkan seramai 90 murid untuk meneroka prinsip fizik dan sains aeroangkasa secara praktikal.
Menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan aplikasi saintifik, para peserta dibimbing secara amali untuk memahami konsep aerobatik dan dinamika penerbangan menerusi modul-modul interaktif seperti:
Penganjuran program ini bukan sahaja merangsang sifat ingin tahu dan daya pemikiran saintifik murid, malah menjadi wadah penting dalam memupuk budaya reka cipta serta semangat eksperimentasi sejak di bangku sekolah. Usaha berterusan MOSTI ini mencerminkan komitmen padu kerajaan dalam memperkasakan agenda pembudayaan STI negara demi melahirkan modal insan yang inovatif, berdaya saing, dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.




