Skip to main content
Berita

Majlis Penutup Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2023

14 November 2023, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini hadir ke Majlis Penutup Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2023.
Program Pementoran MOSTI pada kali ini telah dilaksanakan dengan penglibatan daripada warga Kementerian dan Jabatan yang terdiri daripada Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Tenaga Atom, Agensi Angkasa Malaysia (MySA) dan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Seramai 38 pasangan mentor dan menti dari MOSTI dan Jabatan di bawahnya telah mengambil bahagian dengan penglibatan seramai 86 orang pegawai secara keseluruhannya. Pelaksanaan program pementoran pada tahun ini secara rasminya telah bermula pada 9 Mei 2023.
Sepanjang pelaksanaan program ini, bahawa sebanyak 12 sesi pertemuan telah dilaksanakan oleh mentor dan menti selama 6 bulan, manakala sesi perkongsian pengalaman serta bimbingan berkaitan ilmu dan kepakaran oleh mentor kepada menti telah dipraktikkan sepanjang tempoh pertemuan tersebut.
YBhg. Dato’ KSU berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan pengalaman dan maklumat yang diperolehi sepanjang program pementoran ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan MOSTI dan jabatan secara keseluruhannya bersesuaian dengan tema MOSTI iaitu Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi. Bersama kita jadikan MOSTI luar biasa!!
Skip to content