Skip to main content
Berita

Majlis Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

1o Disember 2023, Kuala Lumpur – Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

YAB Perdana Menteri juga menyertai sesi dialog Malaysia Madani bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.
Sementara itu, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut hadir bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, barisan Pengurusan Tertinggi MOSTI dan Pegawai serta kakitangan MOSTI.
MOSTI juga menyertai program yang berlangsung selama tiga (3) hari itu dengan membawakan program dan aktiviti Pembudayaan STEM, produk dan perkhidmatan R, D, C & I, MyDigital ID, Ruang Daya Cipta (RDC) dan program pencerapan matahari.
Skip to content