Skip to main content
Berita

Majlis Perhimpuanan Bulanan MOSTI (Disember)

11 Disember 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Disember) bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya. Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Antarabangsa dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat MOSTI.

Sepanjang tahun ini, pelbagai program dan usaha telah dirancang dan dilaksanakan dalam memastikan MOSTI mampu memacu pertumbuhan dan pemulihan ekonomi negara melalui Sains, Teknologi dan Inovasi. YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas semua warga MOSTI, jabatan dan agensi atas segala usaha dan penat lelah dalam melaksanakan tugasan dan telah diterjemahkan menerusi pencapaian-pencapaian yang telah mengharumkan nama MOSTI di peringkat negara dan juga di peringkat antarabangsa.
Antara pencapaian sepanjang tahun 2023 termasuklah:
✅ Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC)
✅ Mesyuarat Menteri-Menteri Dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Ke Atas Sains, Teknologi Dan Inovasi (MEXCO-STI)
✅ Penganjuran Malaysia Techlympics 2023 dan Minggu Sains Negara
✅ Penganjuran Malaysian Commercialisation Year Summit 2023 (MCY Summit 2023)
✅ Program Jerayawara Skim Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) MOSTI tahun 2023
✅ Pewujudan Rangkaian Kolaboratif Pusat Sains Malaysia (MySains)
✅ Penubuhan Jawatankuasa Kerja Triti Angkasa
✅ Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP)
✅ Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) pula telah diiktiraf sebagai Pusat Kolaborasi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi Pembangunan & Penyelidikan serta Latihan dalam Aplikasi Sains Nuklear untuk tempoh 2023-2027 (4 tahun).
✅ Nuklear Malaysia telah berjaya memperolehi tiga pengiktirafan untuk Projek Inovasi “G2-TAG RADIG Meter” semasa Seoul International Invention Fair 2023 (SIIF) 2023 iaitu Special Award from Taiwan Invention Association, Special Prize SIIF from Korea Fire Institute dan SIIF Gold Prize
✅ Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) – Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2023 (World Geospatial Exellence Award 2023)
✅ Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) – Projek THyCAS diiktiraf sebagai Information Technology Project of the Year, di Asian Power Awards 2023
✅ Ketua Pengarah MYSA menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Asia-Pacific Satellite Communications Council (APSCC)
✅ MIMOS Berhad melalui Mi-Trace memenangi Anugerah sempena Malaysia Commercialization Year (MCY) 2023 bagi kategori ‘Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan’
✅ Bioeconomy Corporation – program BioPintar untuk membangunkan model Smart Indoor Farming (SIF)
✅ Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) – mencatatkan kelulusan pembiayaan kepada 111 buah syarikat berasaskan teknologi
✅ Malaysia telah meraih Pingat Emas, Pingat Gangsa dan Penghargaan khas pada International Olympiad on Astronomy and Astrophysics (IOAA) 2023
✅ Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menerima Anugerah Commonwealth Secretary-General’s Innovation for Sustainable Developments Awards 2023
✅ Penganjuran ASEAN-India Grassroots Innovation Forum (AIGIF)
✅ Tempat Ketiga Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik bagi kategori Peruntukan di bawah RM1 bilion
✅ Penarafan Gold Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023
✅ Penarafan 5 Bintang Program Keceriaan Antara Kementerian 2023
✅ Anugerah Cemerlang – Pengurusan Aduan Awam – 5 Bintang
✅ Anugerah Kadar Pusingan Stok (KPS) 4.0 dan ke Atas Bagi Tahun 2022
YBhg. Dato’ KSU berharap momentum kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai pada tahun ini dapat dipertingkatkan pada masa-masa akan datang. Beliau turut menyeru dan mengingatkan ahli keluarga MOSTI agar memperkasakan diri dan terus komited bersama-sama kerajaan untuk menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan kita lebih berkualiti dan berintegriti, lebih efektif dan efisien
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali ini :
🤩 Ceramah bertajuk ‘Kesihatan Mental Daripada Perspektif Islam’
🤩 Penyampaian sijil dan plak bagi pengiktirafan Penilaian Acara Penarafan Bintang “Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan kebangsaan 2023”
🤩 Penyerahan sijil wakil pekerja bagi Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
🤩 Penyerahan baju MAKSWIP
🤩 Makluman Kenaikan Pangkat
🤩 Makluman Pegawai Keluar Masuk
🤩 Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi (Disember)
Skip to content