Skip to main content
Berita

Majlis Penyerahan Projek Siap

18 Disember 2023, Selangor – Majlis Penyerahan Projek Siap iaitu Projek Membekal, Memasang, Menguji dan Menguji Terima Satu (1) Unit Chemical Analysis Mobile Lab dan Dua (2) Unit Kenderaan Operation Mobile Unit Untuk Jabatan Kimia Malaysia telah berlangsung pada 18 Disember 2023 (Isnin) di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir Haji Badioezaman Bin Abd Khalik kepada Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia iaitu YBrs Puan Halimah binti Abdul Rahim. Upacara penyerahan ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Projek ini dilaksanakan bagi membolehkan Jabatan Kimia Malaysia menjalankan pengesanan di tempat kejadian dan analisis di lapangan dengan penggunaan kelengkapan makmal bergerak (Mobile Lab) bagi membolehkan laporan awal dikeluarkan. Laporan awal amat penting bagi menentukan tahap keselamatan kawasan insiden dan penilaian risiko di tempat kejadian.
Pengesanan dan pengesahan bahan kimia di tempat kejadian merupakan satu elemen penting yang dapat membantu meningkatkan kecekapan tindakan yang boleh diambil untuk menyelamatkan nyawa orang awam. Mobile lab yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan santifik dan alat-alat pengesan yang sesuai merupakan satu keperluan yang dapat membantu meningkatkan keupayaan Jabatan Kimia Malaysia.
Di samping itu, penggunaan mobile lab dapat menghasilkan keputusan yang cepat di mana laporan awal kimia boleh dikeluarkan di lapangan untuk digunakan terus oleh pasukan First Responder di Malaysia.
Skip to content