Skip to main content
Berita

Mesyuarat Bersama Wakil-Wakil Pegawai Sains Pelbagai Bidang Sains dan Teknologi

18 Disember 2023, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI mempengerusikan Mesyuarat Bersama Wakil-Wakil Pegawai Sains Pelbagai Bidang Sains dan Teknologi pada18 Disember 2023, bertempat di Bilik Mesyuarat Alfred Nobel Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan perkara yang melibatkan kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi di masa hadapan selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran sains dan teknologi negara. Selain itu, melalui mesyuarat ini juga, keputusan dapat di bentuk bagi penambahbaikan dan kemajuan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi pada masa hadapan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik Mohammad Fuad Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara merangkap Pengerusi Pegawai Sains MOSTI, Encik Ts. Nik Mohamed Hazmi Nik Hussain, Presiden Persatuan Pegawai Sains Malaysia dan Puan Noorazlina Zainuddin, Pengerusi Pegawai Sains Kementerian Kesihatan Malaysia. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil Persatuan-Persatuan Sains meliputi pelbagai Kementerian dan agensi.
Skip to content