10 Januari 2024, Putrajaya – Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Badan Berkanun/ Syarikat Kerajaan Sebagai Agensi Pelaksana Program Pembangunan Di Bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) bagi tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi. Majlis ini melibatkan penyerahan surat pelantikan kepada 11 Syarikat Kerajaan dan satu (1) Badan Berkanun di bawah MOSTI.
Majlis ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Dato’ Ts Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan barisan Pengurusan Tertinggi MOSTI.
Dengan penyerahan surat pelantikan tersebut semua Syarikat Kerajaan dan Badan Berkanun di bawah MOSTI diharapkan dapat melaksanakan projek/program yang dirancangkan dengan berkesan.