17 Ogos 2024, Johor – Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat Zon Selatan telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Ogos 2024 di Dataran UTM, Skudai, Johor.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI turut Sama hadir dan meninjau aktiviti serta program MOSTI sepanjang #PMRzonselatan ini.
Terima kasih jua buat lebih 11,000 pengunjung Reruai STEM & AI. Tidak dilupakan pengunjung-pengunjung reruai MyDigital ID.
Semoga kunjungan anda beroleh manfaat dalam sains, teknologi dan inovasi. Jumpa lagi di lain masa