25 Mei 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), hadir menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Mei yang bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”. Tema ini sejajar dengan aspirasi negara dalam membudayakan nilai profesionalisme, integriti dan semangat kerjasama dalam kalangan warga kementerian.
Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan menjadi penjawat awam yang bertanggungjawab, profesional dan berintegriti demi memartabatkan kecemerlangan perkhidmatan awam. Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji, Pesta Kaamatan, Gawai dan Hari Wesak kepada warga MOSTI yang meraikannya.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan MOSTI 2026–2030, sebuah blueprint dinamik yang bakal mencorakkan hala tuju pendigitalan kementerian untuk tempoh lima tahun akan datang.
Selain itu, majlis mengumumkan pemenang pertandingan penamaan Ai-Chatbot MOSTI yang kini secara rasmi dikenali sebagai MONA. Turut diadakan ialah penyampaian sijil, pemakluman pergerakan keluar/masuk pegawai, kenaikan pangkat, pengiktirafan Anugerah Pekerja Terbaik Suku Pertama, serta sambutan hari lahir warga MOSTI bagi bulan Mei.




