Skip to main content
Berita

Majlis Perjumpaan Khas Warga Kerja MOSTI Bersama YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad

By 2013-05-31Disember 14th, 2020No Comments

j

 

PUTRAJAYA (31 MEI 2013): Majlis Perjumpaan Khas Warga Kerja Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada jam 4.00 petang, di Dewan Perhimpunan MOSTI. Majlis  bersempena dengan hari terakhir perkhidmatan YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, KSU MOSTI yang telah dinaikkan pangkat ke Turus II dan akan berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 3 Jun 2013. Beliau  menerajui MOSTI mulai  22 April 2009 sehingga 2 Jun 2013 dengan penuh kecemerlangan.

YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad telah menyampaikan amanat terakhir beliau di hadapan kira-kira tiga ratus warga MOSTI  dengan menyatakan penghargaan kepada seluruh warga MOSTI atas kerjasama dan semangat ‘teamwork’ yang tinggi. Beliau turut menyeru agar usaha dan kesungguhan warga MOSTI diteruskan demi kelangsungan kecemerlangan MOSTI pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan), Encik Khairulazli bin Othman, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.

Skip to content