17 Mei 2023, Putrajaya – MOSTI hari ini mengadakan Majlis Perjumpaan YB Menteri MOSTI dengan Pemain Industri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Warga MOSTI bagi mengeratkan hubungan silaturrahim, mewujudkan satu semangat muhibah dan harmoni di antara warga MOSTI bersama pihak industri dalam usaha merancakkan bidang sains, teknologi dan inovasi.
Program bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. YB Chang Lih Kang dalam ucapannya mengambil kesempatan untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain-pemain industri di atas sumbangan dan kerjasama tuan-puan bagi memastikan bidang sains, teknologi dan inovasi terus berkembang dan menjadi pemangkin dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Majlis perjumpaan ini turut diadakan bersekali dengan Rumah Terbuka Aidilfitri MOSTI yang mana melibatkan kerjasama semua unit, bahagian, jabatan dan agensi MOSTI dalam menyediakan pelbagai juadah hari raya. Adalah diharapkan melalui perjumpaan seperti ini, ekosistem simbiosis STI yang terjalin akan terus utuh, sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Negara untuk kesejahteraan bersama.
Hadir sama memeriahkan majlis YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, Barisan pihak pengurusan MOSTI, Ketua-ketua Pengarah dan CEO jabatan, agensi di bawah MOSTI, warga media, warga industri dan warga MOSTI.