Skip to main content
Berita

Pelancaran Malaysia Open Science Platform

16 Mei 2023, Kuala Lumpur – Platform Sains Terbuka Malaysia – Malaysia Open Science Platform (MOSP) dijangka dapat merapatkan jurang antara penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan kepada meningkatkan keupayaan inovasi Malaysia. Selain itu, amalan sains terbuka akan menjadi pemangkin penting dalam ekosistem R&D yang akan membuka masa depan baharu dalam landskap penyelidikan di Malaysia.
Melancarkan MOSP, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata, “Melalui MOSP, Malaysia akan dapat mempercepatkan penyelidikan dan penyelesaian walaupun dengan sumber sumber manusia yang terhad, memupuk kerjasama pelbagai disiplin dan antarabangsa serta menjimatkan sumber dengan mengurangkan pertindihan dan pembiayaan semula projek penyelidikan yang serupa.”
MOSP yang boleh diakses melalui mosp.gov.my merupakan platform perkongsian data penyelidikan mentah yang dimulakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Inisiatif perintis telah diuruskan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) sejak 2019. Secara strategik, ASM telah membentuk Perikatan Sains Terbuka Malaysia (MOSA) yang merangkumi MOSTI, MOHE, NRECC, KKM, MAMPU, FRIM, NIH, dan lima universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau menambah, “MOSP berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam sains terbuka dan inovasi, yang boleh menyumbang secara positif kepada pembangunan keseluruhan negara dan daya saing dalam ekonomi global”
Sementara itu, Garis Panduan Sains Terbuka untuk Penyelidikan Dibiayai Awam dibentuk untuk memastikan perkongsian data dilakukan dengan selamat untuk keselesaan semua komuniti penyelidikan. Garis panduan menunjukkan amalan pengurusan data penyelidikan yang menggalakkan kebolehcapaian dan kebolehcarian data, menggalakkan orang lain memahaminya dan meningkatkan kebolehgunaannya semula.
Pada masa ini, 10 bidang penyelidikan tersedia di MOSP melibatkan biologi, kimia dan sains matematik; fizik, kejuruteraan dan sains material; sains pertanian, veterinar dan makanan; Sains Komputer, teknologi maklumat dan telekomunikasi; perubatan dan sains kesihatan; iklim, alam sekitar dan biodiversiti; tenaga; perniagaan, kewangan dan ekonomi; bahasa dan pendidikan; seni dan sains sosial.
MOSP sudah pun disambungkan ke portal Data Kerajaan Terbuka oleh MAMPU dan Raw Database for Research and Science (RADARS) (RADARS) oleh MASTIC. Pada masa ini, MOSP mempunyai lebih daripada satu ribu set data penyelidikan dan sedang bergerak ke arah menghubungkan lebih banyak repositori dalam masa hadapan, seperti Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS) dan Sistem Repositori Data Institut Kesihatan Kebangsaan. Pada Jun 2023, MOSP akan diiktiraf untuk Pengiktirafan Kecemerlangan Malaysia anjuran OpenGov Asia.
Hadir sama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YM Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc, Presiden ASM.
347383145 976243490053643 1043096345975912726 n   347383446 768273088105127 6973315231605004761 n347381912 2334684540067896 6636311694548931915 n   347124206 1310146849598747 7494880730637713468 n
Skip to content