Skip to main content
Berita

Majlis Perjumpaan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dengan Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan dan Agensi

24 November 2023, Putrajaya – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perjumpaan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dengan Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, jabatan dan agensi bertempat di Surau Ar-Raudhah As-Sakinah MOSTI. Perjumpaan ini membolehkan YBhg. Dato’ KSU mendekati, berinteraksi dan beramah mesra bersama warga kerja MOSTI secara lebih dekat.

Perjumpaan ini dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dengan kerjasama Bahagian-bahagian di bawah Sektor Pengurusan, Unit Komunikasi Korporat, Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah As-Sakinah dan PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat MOSTI.
Pada majlis ini turut diadakan pelbagai aktiviti kerohanian seperti bertahnik, cukur rambut, berselawat, berzanji dan marhaban. Majlis juga diserikan dengan persembahan berzanji, marhaban dan alunan selawat dari pasukan Soutul Furqan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Shahran Bin Arifin.
Skip to content