Skip to main content
Berita

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT B. N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India

23 November 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT B. N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Parlimen Malaysia turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi MOSTI.
Malaysia dan India berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam pelbagai bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seperti bioteknologi, kerjasama dalam sektor tenaga seperti tenaga boleh diperbaharui dan teknologi tenaga hidrogen, ekosistem startup, penerokaan bidang angkasa lepas, semikonduktor dan peluang kerjasama lain dalam bidang STI.
Skip to content