Skip to main content
Berita

Majlis Persaraan YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI

By 2021-09-15September 21st, 2021No Comments
15 September 2021, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengucapkan selamat bersara kepada YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI setelah lebih 34 tahun dalam perkhidmatan.
YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 29 November 2019 [ketika itu dikenali Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)]
MOSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr Siti Hamisah yang telah menunjukkan ketokohan dan memainkan peranan penting dalam pembentukan MOSTI serta mencapai pelbagai kejayaan dalam pelaksanaan program-program berimpak tinggi.
Pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga MOSTI, jabatan dan agensi mengucapkan terima kasih di atas segala khidmat bakti dan jasa sepanjang berkhidmat di MOSTI. Seluruh warga MOSTI mendoakan semoga YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr Siti Hamisah sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Video penghargaan: https://youtu.be/ursV1zJDGTc
Skip to content