Skip to main content
Berita

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pesara Dan Bakal Pesara Diraikan Dalam Majlis Apresiasi MOSTI 2021

By 2021-09-14September 21st, 2021No Comments
14 September 2021, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini meraikan kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pesara dan bakal pesara di Majlis Apresiasi MOSTI 2021 yang diadakan secara dalam talian sepenuhnya.
Penganjuran Majlis ini diadakan buat julung kalinya secara maya selaras dengan norma baharu dalam usaha membendung pandemik COVID-19. Majlis Apresiasi 2021 bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan para penerima APC 2020 di ibu pejabat MOSTI serta jabatan-jabatan di bawahnya yang terdiri daripada Agensi Angkasa Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
Majlis Apresiasi MOSTI kali ini turut menghargai jasa dan khidmat bakti 53 orang warga MOSTI dan jabatan dibawahnya yang telah dan bakal memasuki alam persaraan. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berada dalam perkhidmatan awam. YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan perasmiannya menekankan tiga (3) prinsip budaya kerja yang perlu diterapkan di kalangan warga MOSTI iaitu:
i) see the future and big picture;
ii) paint the picture; DAN
iii) must be able to translate ideas into actions.
Jika budaya ini diterapkan, warga MOSTI akan dapat melaksanakan tugas dengan cepat dan tepat serta memenuhi objektif keperluan pelaksanaan yang menampakkan hasil.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC pada tahun 2020 iaitu seramai 248 orang pegawai pelbagai peringkat gred dan skim dari MOSTI dan jabatan-jabatan di bawah MOSTI. Daripada jumlah tersebut seramai 52 orang penerima APC adalah daripada Kementerian manakala 196 orang penerima adalah daripada empat (4) jabatan di bawah MOSTI.
Dalam suasana norma baharu, kita berubah menjadi lebih kreatif dan inovatif menguruskan kehidupan harian. Gerak kerja sektor-sektor perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan turut berubah bagi mengadaptasi norma baharu, dalam masa yang sama memerangi COVID-19. Adalah di harapkan seluruh warga MOSTI untuk terus komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Skip to content