Skip to main content
Berita

Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan NXP Malaysia

3 Oktober 2024, Selangor – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini hadir menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan NXP Malaysia,dan merasmikan Makmal Kerjasama UPM-NXP yang menempatkan mesin pengikat wayar berteknologi tinggi untuk kegunaan pelajar Fakulti Kejuruteraan (FK), UPM.

Mesin pengikat wayar, kini ditempatkan di Makmal Kerjasama UPM-NXP, adalah lebih daripada sekadar peralatan. Ia merupakan gerbang masuk kepada pembelajaran amali, membolehkan pelajar memperoleh pengalaman praktikal yang penting dalam industri semikonduktor dan elektronik. Dengan mesin ini, para pelajar juga akan dapat merapatkan jurang antara pengetahuan teori dan aplikasi praktikal, menjadikan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran tenaga kerja.
YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya berkata “Kerajaan Malaysia adalah komited dalam menyokong inisiatif yang meningkatkan kualiti pendidikan dan menggalakkan kemajuan teknologi. Pihak kerajaan menyedari kepentingan mewujudkan persekitaran di mana institusi pendidikan boleh berkembang maju dan bekerjasama dengan pemimpin industri. Melalui sokongan dan pelaburan berterusan dalam pendidikan, pihak kerajaan menyasarkan untuk membina tenaga kerja yang teguh dan berkemahiran tinggi dalam memacu kemajuan negara kita”
Hadir sama YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, Naib Canselor UPM, dan YBrs. Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir, Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM.
Skip to content