Skip to main content
Berita

Majlis Pra Pelancaran Acara Perdana KL20

27 Mac 2024, Kuala Lumpur – Majlis Pra Pelancaran Acara Perdana KL20 telah berlangsung pada 27 Mac 2024 di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia yang disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi.

Majlis ini turut disaksikan oleh wakil daripada komuniti syarikat pemula tempatan dan juga antarabangsa.
Acara Perdana KL20 merupakan persidangan syarikat pemula yang julung kalinya diadakan, dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 April 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Program tersebut adalah inisiatif utama Kerajaan untuk melonjakkan negara sebagai hab ekosistem syarikat pemula 20 terbaik di dunia dan menarik syarikat pemula dan pelabur antarabangsa ke Malaysia untuk pelaburan dan pengoperasian syarikat.
Persidangan ini akan menampilkan barisan panel terkemuka, daripada pemimpin industri dan pelabur antarabangsa. Antara acara kemuncak KL20 menampilkan Pelan Tindakan KL20 yang akan menggariskan lebih 20 pembaharuan transformatif yang bakal melonjakkan ekosistem syarikat pemula tempatan yang melibatkan pembiaya/pelabur, pengasas syarikat pemula dan bakat (tech-talent).
Aktiviti seperti sesi ‘networking’, ‘investor speed dating’ dan sebagainya juga akan diadakan melibatkan pelabur dan syarikat pemula.
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara perdana KL20 dan mendaftar melalui kl20.gov.my.
Skip to content