Skip to main content
Berita

Majlis Serah Tugas Timbalan Menteri MOSTI

13 Disember 2023, Putrajaya – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memulakan hari pertama di MOSTI dengan merakam waktu (clock in) di Blok C5, Kompleks C, Putrajaya hari ini.
Ketibaan YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal disambut oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), pegawai-pegawai kanan MOSTI, jabatan/agensi dan warga kerja Kementerian.
Turut berlangsung sesi Serah Terima Tugas diantara YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Mantan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal yang disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal kemudiannya mengadakan pertemuan dengan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Terlebih dahulu YB Datuk Arthur dalam ucapan ringkasnya merakamkan terima kasih kepada seluruh warga MOSTI, jabatan dan agensi atas kerjasama yang baik selama menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Seluruh warga MOSTI, jabatan dan agensi turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Arthur Joseph Kurup atas segala jasa, sumbangan, khidmat bakti dan pimpinan sepanjang menerajui MOSTI sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Skip to content