Skip to main content
Berita

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat MOSTI

18 April 2023, Putrajaya – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, satu Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat MOSTI telah diadakan pada hari ini 27 Ramadan 1444H bertempat di Surau Ar-Raudhah As-Sakinah MOSTI.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran para peserta Tadarus yang terdiri dari warga MOSTI dan dibimbing oleh pembimbing-pembimbing daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), disusuli dengan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Tausyiah Ramadan oleh: Al-Fadhil Ustaz Mohammad Ashraf bin Ibrahim.
Program anjuran bersama Surau Ar-Raudhah As-Sakinah dan Puspanita MOSTI diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita Cawangan MOSTI.
DSC 0145    DSC 0171DSC 0180    DSC 0222
Skip to content