Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan MOSTI (April) 2023

17 April 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (April) 2023 telah berlangsung di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya pada hari ini yang bertemakan Minggu Sains dan Ihya Ramadan 2023.

Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Dana dan Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Shafie – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman dalam ucapannya menekankan mengenai sains dan bulan Ramadan tentang bagaimana kemajuan sains dan teknologi memudahkan kehidupan harian. termasuklah dari segi kesihatan, keselamatan, inovasi sosial, penyelidikan dan pengkomersialan.
Turut diadakan Tazkirah Ramadan dengan tajuk ‘Maksud Sebenar Ramadan Terbaikku’ yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Adnin bin Roslan.
Bersempena dengan Minggu Sains yang disambut pada bulan April setiap tahun, pihak penganjur turut mengambil peluang menganjurkan Kuiz Sains dan Ramadan. Perhimpunan kali ini juga mengetengahkan pegawai-pegawai MOSTI yang berbakat dan mempunyai ciri-ciri ketokohan bersempena bulan Ramadan melalui Anugerah Keterampilan Menarik dan Anugerah Tokoh Ramadan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan penerima Anugerah.
🤩 Pemenang bagi Kuiz Sains dan Ramadan
🥇 Puan Fadzillah binti Mansor daripada Bahagian Penguasa Angkasa
🥈 Puan Shahrina binti Abd Samad daripada MYSA
🥉 Puan Rosmaini Binti Yusoff daripada Bahagian Kewangan
.
🤩Penerima Anugerah Keterampilan Menarik
✅ Encik Khairoul bin Hussen dari Unit Komunikasi Korporat
✅ Puan Halema binti Shajahan dari Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan
✅ Encik Muhamad Shaharudin bin Osmin dari Bahagian Perancangan Strategik
✅ Puan Dasyarini Saridah binti Daud dari Bahagian Kewangan
.
🤩 Penerima Anugerah Tokoh Ramadan
✅ Puan Siti Robayah binti Mohamad dari Unit Audit Dalam
✅ Encik Mohd Zawawi bin Mohamad dari Bahagian Dana
✅ Encik Ahmad Fadhil bin Mohd Salleh dari Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI
✅ Encik Mohd Hafiz bin Mahmad dari Bahagian Akaun
Pada tahun ini juga MOSTI berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan tunai kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Al-Mahabbah, Rumah Anak Yatim Bukit Raja yang terletak di Klang, Selangor
DSC 9970
Skip to content