Skip to main content
Berita

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-66

6 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448H/2026M yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.
MTHQA Ke-66 menghimpunkan 50 peserta dari 38 negara, masing-masing 25 peserta bagi Kategori Tilawah dan 25 peserta bagi Kategori Hafazan, dengan penilaian oleh 12 orang juri berpengalaman dari dalam dan luar negara. Malaysia turut diwakili empat peserta dalam kedua-dua kategori tersebut.
Selaras dengan tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, penghayatan Al-Quran turut membawa mesej penting dalam mendepani perkembangan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi termasuk kecerdasan buatan perlu dimanfaatkan dengan ilmu, namun pada masa yang sama berpandukan nilai, etika, akhlak dan tanggungjawab.
Bagi MOSTI, kemajuan teknologi dan pembangunan modal insan perlu bergerak seiring. Ilmu membina keupayaan, manakala nilai menjadi panduan dalam memastikan kemajuan sains, teknologi dan inovasi terus memberi manfaat kepada manusia dan masyarakat.
Skip to content