5 Oktober 2026, Putrajaya – MOSTI berbesar hati menerima penempatan peserta Program Fellow MADANI yang berpeluang menimba pengalaman secara langsung dalam persekitaran pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan awam di Kementerian.
Satu sesi perjumpaan antara Ketua Setiausaha, MOSTI bersama Fellow MADANI telah diadakan untuk memberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi Kementerian dalam memacu agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.
Penempatan ini diharap dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para Fellow, khususnya dalam memahami proses penggubalan dasar, tadbir urus serta pelaksanaan inisiatif Kerajaan, di samping membuka ruang kepada perkongsian idea dan perspektif baharu daripada generasi muda.
Semoga pengalaman sepanjang berada di MOSTI menjadi platform untuk memperkukuh potensi kepimpinan, jaringan profesional dan semangat untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara.
Selamat datang dan selamat menjalani penempatan di MOSTI!




