Skip to main content
Berita

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS)

10 Mei 2024, Kuala Lumpur – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini merupakan satu program khas yang bertujuan untuk menyatukan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setaiusaha MOSTI turut sama hadir Majlis pelancaran tersebut.
Sebagai sebuah Kementerian yang menerajui bidang sains, teknologi dan inovasi negara, MOSTI sentiasa komited dan menyokong usaha untuk meningkatkan kecerdasan buatan (AI) melalui pembentukan bakat AI dengan kerjasama badan kerajaan dan pihak industri yang berkepentingan.
Skip to content