Skip to main content
Berita

Mesyuarat Pembangunan Pusat Sains Negara cawangan Negeri Sabah

9 Mei 2024, Sabah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menghadiri mesyuarat pembangunan Pusat Sains Negara cawangan Negeri Sabah pada 9 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Broadband Tingkat 13, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Wisma Bandaraya Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd Kassim, Setiausaha Tetap, KSTI tertumpu kepada cadangan tapak bagi membangunkan sebuah pusat sains di Negeri Sabah. Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara (PSN) dan wakil-wakil jabatan Negeri Sabah seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) dan lain-lain.
Selain itu, YB Dato’ Timbalan Menteri turut meluangkan masa melawat ke lokasi tapak cadangan Pusat Sains cawangan Negeri Sabah yang telah dikenalpasti di Kota Kinabalu, Sabah.
Skip to content