Malaysia Berjaya Dipilih Sebagai Executive Council Di Dalam Intergovernmental Oceonographic Commission (IOC) UNESCO Bagi Penggal 2017-2019 Di Ibu Pejabat UNESCO, Paris.

Malaysia telah berjaya memenangi kerusi Executive Council di dalam Intergovernmental Oceonographic Commission (IOC) UNESCO untuk penggal 2017-2019. Keputusan mengenai kejayaan tersebut telah dibuat pada 28 Jun 2017 baharu-baharu ini, semasa Persidangan Intergovernmental Oceonographic Commission (IOC) yang telah diadakan pada 21-29 Jun 2017 di Ibu Pejabat UNESCO, Paris.

Kejayaan ini membuktikan kredibiliti Malaysia dalam penyelidikan saintifik marin serta keupayaan Malaysia berdiri megah sebaris dengan negara-negara maju di pentas antarabangsa. Kejayaan ini juga merupakan amanat yang harus dipikul Malaysia dalam meningkatkan hasil kualiti penyelidikan serta aktiviti bina upaya bersama negara serantau.

Related Posts